Renungan Hati

Friday 1 June 2012



HADIS TENTANG RUKUN ISLAM


عن أبي عبد الرحمن عبد الله بن عمر بن الخطاب:
Description: أركان الإسلام
سمعت رسول الله يقول: بني الإسلام على خمس: شهادة أن لا إله إلا الله وأن محمدا رسول الله، وإقام الصلاة، وإيتاء الزكاة، والحج، وصوم  رمضان
Sumber:


Menunaikan Haji

make an animated gif

DEFINISI HAJI

HAJI ialah mengunjungi Baitulallah di Makkah pada bulan-bulan tertentu dengan syarat-syarat tertentu untuk mengerjakan ibadah tertentu.

RUKUN haji adalah pekerjaan yang mesti dilakukan semasa menunaikan fardu haji. Jika tidak ditunaikan sama ada sengaja atau tidak maka tidak sah hajinya. Rukun-rukun haji ialah:

1. Niat melakukan haji

Setiap amalan dalam Islam dimulakan dengan niat. Begitu juga bagi haji, niat untuk melakukan haji ini iaitu: “sahaja aku melakukan haji dan berihram dengannya kerana Allah SWT.”

Seelok-elok niat adalah dalam bahasa Arab, jika tidak dalam bahasa Melayu pun dibolehkan. Niat ihram boleh dilakukan di mana-mana tempat yang telah ditentukan dan disebut sebagai miqat tempat.
Kebiasaannya miqat tempat bagi mereka yang memasuki Mekah melalui Madinah ialah di Bir Ali manakala yang datang dari arah Malaysia dan terus memasuki Mekah adalah di Qarnul Manazil.
Tidak sah berniat miqat di Jeddah kerana Jeddah bukannya tempat miqat bagi mereka yang datang pertama kali merentasi miqat.

2. Wuquf di Padang Arafah

Rukun haji yang kedua merupakan wuquf di Padang Arafah. Masa yang dibolehkan wuquf di Arafah bermula masuk waktu zuhur (gelincir matahari) pada hari yang ke-9 Zulhijjah hingga terbit fajar pada hari 10 Zulhijjah. Inilah masa wuquf yang berlaku satu kali dalam setahun.
Wuquf dikira sah walaupun duduk dalam kenderaan di Arafah sama ada baring, tidur atau jaga-melainkan gila. Gila tidak sah wuquf kerana telah terkeluar daripada syarat sah haji.

Jemaah yang hendak berwuquf hendaklah terdiri daripada ahli ibadat serta telah berniat ihram haji (tidak sah haji mereka yang hilang akal) dan berada di bumi Arafah walau seketika dalam masa waktu wuquf.
Semasa wuquf di Arafah, sekiranya jemaah menunaikan solat secara jamak tamam adalah sah kerana masyaqqah dan mengikut pendapat harus jamak tersebut kerana nusuk.

3. Tawaf Ifadah bagi haji

Rukun haji yang ketiga adalah tawaf di Baitullah di Mekah. Tawaf rukun hendaklah dilakukan setelah mereka berwuquf di Arafah. Masuk waktu untuk bertawaf rukun haji bermula waktu tengah malam pada malam 10 Zulhijjah.
(Perkiraan waktu tengah malam dikira masuk waktu maghrib hingga masuk waktu subuh dibahagi dengan 2, jawapan daripada masa tersebut maka itu waktu tengah malam).
Syarat sah tawaf sama seperti untuk tawaf qudum, wida’, tahiyatul bait, nazar serta sunat. Ada lapan syarat sah tawaf iaitu:-

* Menutup aurat.

* Suci daripada hadas besar dan kecil.

* Suci badan, pakaian dan tempat tawaf daripada najis.

* Bermula dan berakhir pada sudut Hajarul Aswad.

* Menjadikan Kaabah di sebelah kiri dan berjalan ke hadapan.

* Dilakukan dalam Masjidil Haram dan di luar Kaabah.

* Mengekalkan niat tawaf kerana Allah SWT sepanjang masa tawaf.

* Dilakukan tujuh pusingan dengan yakin.

4. Saie

Rukun yang keempat adalah saie. Saie yang dikehendaki di sini adalah berjalan ulang-alik di antara Bukit Safa dan Bukit Marwah mengikut syarat-syaratnya.
Walau bagaimanapun untuk sah saie haji, jemaah perlulah memenuhi syarat-syarat seperti berikut:
* Dilakukan selepas tawaf qudum atau tawaf rukun.

* Bermula di Bukit Safa dan berakhir di Bukit Marwah

* Cukup tujuh kali berulang-alik dengan yakin dikira dari Safa ke Marwah sekali dan Marwah ke Safa sekali.
* Hendaklah sampai ke penghujung tempat saie di kaki Bukit Marwah dan kaki Bukit Safa pada setiap saie.

* Hendaklah melakukan saie di tempat yang telah ditetapkan.

* Mengekalkan niat saie kerana Allah SWT sepanjang masa saie.

5. Bercukur atau bergunting

Bercukur atau bergunting adalah rukun haji yang kelima – iaitu menanggalkan sekurang-kurangnya tiga helai rambut. Bagi lelaki disunatkan bercukur dan bagi wanita disunatkan bergunting rambut.
Rambut itu hendaklah dipotong sekurang-kurangnya sepanjang seruas jari di mana-mana sudut kepala. Bagi yang tidak mempunyai rambut, adalah disunatkan melalukan mata pisau cukur di atas kepala.
Jemaah haji boleh juga bercukur atau menggunting rambut sendiri dan rambut orang lain apabila masuk waktunya dengan tujuan niat tahalul.

Bagi haji, ada dua keadaan bergunting atau bercukur untuk tahalul (menanggalkan perkara yang dilarang dalam ihram dengan cara gunting rambut) iaitu Tahalul Awal dan Tahalul Thani.
Tahalul Awal terjadi apabila jemaah selesai melakukan dua daripada tiga perkara berikut:

* Melontar di Jamrah Kubra pada 10 Zulhijjah.

* Bergunting atau bercukur.

* Tawaf dan saie haji.

Tahalul Thani terjadi apabila jemaah melakukan ketiga-tiga perkara tersebut.

6. Tertib pada kebanyakan rukun

Tertib pada kebanyakan rukun termasuk rukun keenam bagi haji. Dimaksudkan dengannya adalah rukun haji dikerjakan dengan tertib pada kebanyakan rukun iaitu didahulukan niat ihram haji dari rukun-rukun yang lain.
Didahulukan niat dari wuquf, Tawaf Ifadah dan didahulukan tawaf daripada saie (untuk haji Tamattuk).
Saie haji boleh mendahului wuquf dengan syarat telah melakukan tawaf qudum (bagi haji ifrad dan qiran). Bercukur atau bergunting boleh mendahului tawaf ifadah jika telah masuk waktunya.






VN:F [1.9.17_1161]






Video dan Renungan Ibadah Haji


Ketika Di Tanah Suci

   Pada dasarnya ibadah haji itu memerlukan waktu lima hari saja, dikira sejak tanggal 9 Dzulhijjah sampai 13 Dzulhijjah, inilah yang terkait dengan rukun haji. Tidak ada bacaan-bacaan khusus atau do’a-do’a khusus dalam praktik ibadah haji. Do’a yang masyhur dilantunkan adalah do’a sapu jagat, ”Rabbana aatina fiddunya hasanah wafilaakhirati hasanah waqina adzabannar.”

   Hal-hal yang harus dihindari ketika melaksanakan ibadah haji di antaranya: berkata tidak senonoh atau yang mengundang syahwat, bersetubuh, berbuat fasik atau dosa, bertengkar. Allah swt berfimran: ”(Musim) haji adalah beberapa bulan yang dimaklumi, barangsiapa yang menetapkan niatnya dalam bulan itu akan mengerjakan haji, maka tidak boleh rafats (Kata-kata yang menimbulkan birahi atau bersetubuh), berbuat fasik dan berbantah-bantahan di dalam masa mengerjakan haji. Dan apa yang kamu kerjakan berupa kebaikan, niscaya Allah mengetahuinya.” QS. Al Baqarah : 197

   Ibadah haji lebih banyak berkaitan dengan fisik. Mengelilingi Ka’bah, lari-lari kecil, melempar jumrah, wukuf di terik matahari di padang Arafah. Semuanya memerlukan tubuh badan yang sihat. Hal lain yang harus dikuatkan adalah kesabaran, memaafkan, mendahulukan saudara, menolong sesama. Dapat dibayangkan lebih dari dua juta manusia berkumpul di satu tempat dalam satu waktu.

Sekembali di Tanah Air

   Yang jauh lebih berat untuk mempertahankan kemabruran ibadah haji adalah pasca pelaksaannya atau ketika dalam kehidupan sehari-hari. Tanda kemabruran seseorang dapat dilihat dari perubahan pada dirinya. Adakah perubahan menjadi lebih baik dari sebelumnya dan istiqamah dalam ketaatan sampai akhir hidupnya, atau sama saja dengan sebelum menunaikan ibadah haji?.

   Haji yang diterima Allah swt adalah haji yang mabrur. Berbahagialah orang yang meraih haji mabrur, sebab haji mabrur tiada balasannya kecuali surga. Abu Hurairah ra berkata, Rasulullah saw bersabda, ”Haji mabrur tiada balasannya kecuali surga. Dan dari pelaksanaan umrah ke umrah yang lain akan menghapus kesalahan antara keduanya.” HR. Imam Ahmad (Musnad Imam Ahmad, Jilid 15, Hal. 91).

   Sudah sampai saatnya umat Islam memperbetulkan niat, bersungguh-sungguh dalam menunaikan ibadah haji, dan menjaga semangat haji dalam kehidupan sehari-hari, sehingga akan lahir perubahan-perubahan yang sangat signifikan dalam kehidupan pribadi yang secara langsung dizahirkan pada kehidupan sosial dan berbangsa.

   Bangsa ini sangat berhajat terhadap masyarakat yang berakhlak karimah, bermoral, memiliki idealisme yang luhur yang bersumber dari keyakinan yang benar, sehingga keberkahan-keberkahan Allah swt akan segera turun di bumi pertiwi yang kita cintai. Allahu a’lam.

http://masjidkotadamansara.com/index.php?option=com_content&view=article&id=185:renungan-ibadah-haji&catid=36:ibadah&Itemid=143